Jalan-Jalan Ke Muzium Bank Negara - مواضيع منقولة من مواقع اخرى3

ryan

العودة   ryan > مواضيع منقولة من مواقع اخرى3

 
 
أدوات الموضوع انواع عرض الموضوع
  #1  
قديم 02-15-2018, 04:50 PM
ahlam1399 ahlam1399 غير متواجد حالياً
Administrator
 
تاريخ التسجيل: Sep 2012
المشاركات: 3,727,761
افتراضي Jalan-Jalan Ke Muzium Bank Negara

Assalammualaikum. w.b.t

Semalam sekolah Hannah and Umair ada buat school trip ke Muzium Bank Negara. Mama tak tahu pulak selama ini Bank Negara ada muzium. Biasalah, kalau pergi follow rombongan sekolah ni memang takkanlah dapat nak spent masa lama-lama kan.

Bila sendiri ke sana, baru tahu yang boleh tahan cantik, bersih dan terjaga sangat Muzium Bank Negara ni. Kafe derang pun lawo and not bad. Makanan banyak western macam pasta, salad, sandwich, roti,jus dan coffee. Nampak ramai juga mat/minah salleh di sini.

Kalau nak tahu, Muzium Bank Negara ni dibuka kepada semua orang awam. Tiada bayaran yang dikenakan. Cuma nak bagitau awal-awal yang mereka sangat strict. No bag allowed. Handbag korang yang comel pun tak boleh yer nak bawak masuk.

Tadi saya bawak keluar handphone dari dalam handbag dan tinggalkan dalam loker yang disediakan. Masuk duit 50sen ajer dalam loker tuh, nanti nak amik balik barang kita tuh dia akan bagi semula duit tuh.

Kamera boleh bawa masuk tapi tidak dibenarkan untuk menggunakan flash. Hurmm..terus teringat masa dok kat Jepun dulu. kalau pegi Muzium derang memang ada few spot yang ade staff derang jaga just utk pastikan yang visitor ikut arahan bebetul.

Macam saya OK ajer dengan rules tadi. Walaupun rasa frust juga sebab takleh bawa bag kamera. Bergigih tau I bawak 3 lense tadi. HAHAH! semata-mata nak snap gambar dalam ni. But, well done Bank Negara sebab overall memang puas hati dengan keadaan Muzium ni tadi.

Muzium Bank Negara terletak di Bangunan Sasana Kijang, di Jalan Dato' On Kuala Lumpur. Terdapat empat tingkat yang mempamerkan pelbagai galleri. Antaranya, children's gallery di tingkat paling bawah sekali. Islamic finance, Bank Negara Malaysia, Economics, Numismatic dan art gallery.

Jalan-Jalan Muzium Bank Negara
Inilah sebenarnya yang mak aim nak amik gambar. Memula kami naik lift dari tingkat bawah tuh sampai ke tingkat 3. Lepastuh gigih suruh anak-anak turun tangga and stop jap untuk amik gambar. Lawa juga sebab bentuknya spriral kan? Berkilat bersilau semuanya. Hehehe~

Jalan-Jalan Muzium Bank Negara
Kami mulakan tour dengan bahagian art gallery. Ada pelbagai jenis lukisan dan teknik yang dipamerkan.
Jalan-Jalan Muzium Bank Negara

Jalan-Jalan Muzium Bank Negara

Jalan-Jalan Muzium Bank Negara
Jalan-Jalan Muzium Bank Negara
Lepas puas meround dan posing macam-macam dekat sini. Kami pun turun ke level yang seterusnya.
Jalan-Jalan Muzium Bank Negara
Dalam ni ade pelbagai jenis bentuk dan rupa syiling mengikut tempat
Jalan-Jalan Muzium Bank Negara
Jalan-Jalan Muzium Bank Negara
Ni pula ada macam-macam jenis kupon yang digunakan dalam proses jual beli industri getah suatu masa dahulu. Masih cantik tersimpan. Looks so new!
Jalan-Jalan Muzium Bank Negara
Rupa matawang dari pelbagai negara.
Jalan-Jalan Muzium Bank Negara
Jalan-Jalan Muzium Bank Negara
Bila sampai sini pun menarik juga. Ada pelbagi aktiviti yang boleh dibuat dek budak-budak ni.
Jalan-Jalan Muzium Bank Negara
Mengimbas kenangan sangat ni kan? meja , kerusi dari kayu. Papan hitam pun siap ditulis dengan ejaan orang dahulu.
Jalan-Jalan Muzium Bank Negara
Di suatu sudut yang lain anak-anak boleh tuliskan sesuatu dan lekatkan di satu tempat khas yang disediakan. Saya sempat main congkak seround dengan anak-anak juga tadi.
Jalan-Jalan Muzium Bank Negara
Jalan-Jalan Muzium Bank Negara
Ini pula di 1st floor dalam economics gallery. Kalau dibuka satu persatu kotak tuh ada ditulis barangan-barangan yang dieksport ke luar negara.
Jalan-Jalan Muzium Bank Negara
Jalan-Jalan Muzium Bank Negara
Di suatu tempat, sambil mengayuh basikal sambil dengar dan lihat tentang sejarah ekonomi kita.
Jalan-Jalan Muzium Bank Negara
Dan tempat yang paling tak sabar nak dilawati adalah galleri kanak-kanak. Memang interaktif sangat aktiviti dalam ni. Barang-barang pun saya tengok semua terjaga dan terususun dengan baik sekali.
Jalan-Jalan Muzium Bank Negara

Jalan-Jalan Muzium Bank Negara
Acah-acah jadi pekerja Bank ni. Hehe..
Jalan-Jalan Muzium Bank Negara
Kesimpulannya, memang berbaloi lah pergi. Jalan pun tadi dari rumah ke KL tak jam langsung. Mungkin ramai yang dah balik ke kampung halaman masing-masing untuk pulang 'beraya'. Hehehe..

Parking boleh di dalam bangunan dan bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM5 untuk sekali masuk. Tandas pun cantik, bersih dan wangi. Tade lah nak high expectation sangat. But being Malaysian...rasanya dah OK sangat kebersihan tandas dalam Muzium Bank Negara ini.

Untuk maklumat lanjut boleh check di sini yer semua :

http://www.museumbnm.gov.my/v2/index.html

That's all and thank you for reading!

أكثر...
??????? ??????: Jalan-Jalan Ke Muzium Bank Negara || ??????: ahlam1399 || ??????: اسم منتداك

كلمات البحث

العاب ، برامج ، سيارات ، هاكات ، استايلات


رد مع اقتباس
 


تعليمات المشاركة
لا تستطيع إضافة مواضيع جديدة
لا تستطيع الرد على المواضيع
لا تستطيع إرفاق ملفات
لا تستطيع تعديل مشاركاتك

BB code is متاحة
كود [IMG] متاحة
كود HTML معطلة

الانتقال السريع


الساعة الآن 09:05 PM


Powered by vBulletin® Copyright ©2000 - 2026, Jelsoft Enterprises Ltd. TranZ By Almuhajir
This Forum used Arshfny Mod by islam servant