Resepi Quiche Yang Sedap - مواضيع منقولة من مواقع اخرى3

ryan

العودة   ryan > مواضيع منقولة من مواقع اخرى3

 
 
أدوات الموضوع انواع عرض الموضوع
  #1  
قديم 01-20-2018, 08:40 PM
ahlam1399 ahlam1399 غير متواجد حالياً
Administrator
 
تاريخ التسجيل: Sep 2012
المشاركات: 3,727,761
افتراضي Resepi Quiche Yang Sedap

Assalammualaikum w.b.t


Hai semua!


QUICHE - Cara nak sebut "KISH"


Antara makanan sejenis savoury Yang saya gemari. Kalau tak silap, first time saya buat Quiche ni semasa saya menetap sekejap kat Paris dalam tahun 2012 macam tuh lah.


Ternampak seorang senior MRSM saya post di IG beliau. Terus tanya nak buat camana. Rupa-rupanya, cara nak buat nya tidaklah susah sangat.




Perlu sediakan inti nya awal-awal dahulu dan kemudian, kulitnya masa hari kejadian kita nak masak Quiche ni baru buat.


Part lain Yang best, kalau malas nak buat crust Quiche ni, boleh juga beli Yang dah siap dijual di kedai bakery. Hari tuh saya ada ternampak di kedai BAGUS.



Kuantiti nya agak banyak, sesuai lah kalau nak buat party or pot luck untuk dibawa ke office atau sambutan hari istimewa di sekolah anak-anak.



Quiche pertama Yang saya buat intinya memang Yang tidak perlu dimasak. Cuma gunakan hirisan sosej, tomato cherry, cendawan dan daun celery.



Cuma, kali ini saya nak mencuba sesuatu Yang lain. Segalanya saya hasilkan sendiri termasuk crust Quiche ini.


Resepi inti Yang saya gunakan perlu diletakkan whipping cream. Lepastuh pandai-pandailah korang bakor kalori tuh yer. Hihihihi~


Saya ambil dari blog Aziekitchen. Terima kasih Kak Azie kerana berkongsi Resepi Yang sangat Sedap ini.


Resepi Quiche Yang Sedap
Ini bahan-bahan Yang diperlukan untuk membuat MUSHROOM & CHICKEN Quiche :




Bahan A

200 gm tepung gandum




Bahan B

110 gm butter sejuk -kiubkan
1 sk garam
Mixed herbs
50 ml air sejuk
1/4 sudu besar jus lemon



Campurkan bahan bahan hingga sebati dan tuangkan ke dalam bahan A. Saya tidak menggunakan kesemua air sejuk tersebut.

Masa uli tuh, tunggu kalau dah jadi doh dan tak melekat di tangan saya berhenti bubuh air.


Bahan C

- 4 ulas bawang putih - cincang 2
- 3 sudu besar olive oil ( saya guna minyak masak biasa )
- 3 biji cili Capsicum - merah, hijau dan kuning ( saya guna
merah ajer )
- 1 batang Celeries - hiris nipis ( tak letak )
- 1 pek button mushroom - Saya guna 4 ketul ajer (hiris nipis
nipis)
- 1-2 biji bawang besar kuning - saya guna separuh sebab isi
ayam sket ajer
- 1-2 ketul dada ayam - hiris kecil
- Garam
- Mixed herbs



Tumis bawang putih dengan sedikit minyak. Masukkan isi ayam dan goreng seketika sebelum dimasukkan kesemua campuran sayuran. Masukkan garam dan sedikit mixed herbs. Ketepikan.

Bahan D

250 gram whipped cream
4 biji telur
Black peppers


(See? banyak jugaklah telur dan whipped cream tuh. Boleh jer kot kalau tak letak whipped cream. Ganti fresh milk ke)

Campurkan kesemua bahan dan kacau sebati.





Resepi Quiche Yang SedapKalau ikut Resepi Aziekitchen, doh perlu direhatkan di dalam peti sejuk. Tapi, saya rehatkan kat luar ajer. Selepas itu, saya buat bentuk bulat-bulat dan tekan di dalam acuan Yang saya gunakan

Resepi Quiche Yang Sedap


Bekas acuan tuh pun saya beli kat Paris juga dan beli memang semata nak buat Quiche ni. HAHAH! memang semangat betui dulu. Nasib baik, boleh pakai lagi sampai sekarang. Good investment kan?

Lepas siap tekan doh dalam acuan. Saya letakkan isi ayam Yang dimasak tadi. letak lah dalam 1tsp macam tuh sebab saya punya acuan tak dalam sangat. Nanti takut bahan campuran telur dan whipping cream tuh melimpah keluar.

Resepi Quiche Yang Sedap


Sementara kita isi inti ni. Kakak pula tolong parut cheese cheddar. Kerjasama katanya :)

Resepi Quiche Yang Sedap


Resepi Quiche Yang Sedap


Lepas tuh, kita tuang campuran telur dan whipping cream tadi ke dalam crust Yang berisi inti.

Resepi Quiche Yang Sedap


Resepi Quiche Yang Sedap


Kemudian, letakkan cheese tadi. Bila dah semua siap. Boleh lah masukkan dalam oven Yang sudah dipanaskan. Masak pada suhu 200 degree celcius ( bergantung kepada oven masing-masing) selama 20 minit dan gunakan api atas bawah yer.

Resepi Quiche Yang Sedap

Resepi Quiche Yang Sedap

Hasil nya memang tidak mengecewakan. Makan Quiche ni masa suam-suam bersama air teh 'O' memang satu padanan menu Yang menyelerakan.

Disebabkan crust masih banyak dan inti nya juga masih berbaki. Jom kita buat dalam bekas pie Yang agak besar pula.
Resepi Quiche Yang Sedap



Resepi Quiche Yang Sedap
Selamat mencuba~




That's All and Thank you for reading!











أكثر...
??????? ??????: Resepi Quiche Yang Sedap || ??????: ahlam1399 || ??????: اسم منتداك

كلمات البحث

العاب ، برامج ، سيارات ، هاكات ، استايلات


رد مع اقتباس
 


تعليمات المشاركة
لا تستطيع إضافة مواضيع جديدة
لا تستطيع الرد على المواضيع
لا تستطيع إرفاق ملفات
لا تستطيع تعديل مشاركاتك

BB code is متاحة
كود [IMG] متاحة
كود HTML معطلة

الانتقال السريع


الساعة الآن 03:17 AM


Powered by vBulletin® Copyright ©2000 - 2026, Jelsoft Enterprises Ltd. TranZ By Almuhajir
This Forum used Arshfny Mod by islam servant