Resepi Apam Susu Versi Bakar - مواضيع منقولة من مواقع اخرى3

ryan

العودة   ryan > مواضيع منقولة من مواقع اخرى3

 
 
أدوات الموضوع انواع عرض الموضوع
  #1  
قديم 01-20-2018, 08:40 PM
ahlam1399 ahlam1399 غير متواجد حالياً
Administrator
 
تاريخ التسجيل: Sep 2012
المشاركات: 3,727,761
افتراضي Resepi Apam Susu Versi Bakar

Assalammualaikum w.b.t

Hai semua!

Pagi ini semangat tau saya buat kuih Apam ni. Saje lah buat sebab husband balik rumah minggu ni. Cerita di sebalik kejadian kuih Apam ini adalah bila adunan yang berselang seli warna tuh dah dimasukkan dalam loyang. Tapi saya tepuk dahi bila loyang tak muat dalam pengukus.

Pengukus lagi kecik dari loyang! aduhh..camane tuh? Seriously sebab pagi tadi memang nak cepat jer sampai terlupa nak ukur dulu saiz loyang tuh muat ke tidak. Sebelum ni , memang saya ukur dulu kalau nak masak anything dalam pengukus. Kalau kek cokelat ker memang saya pindahkan ajer masukkan loyang lebih kecil. Tapi sebab yang ini usaha tau..selang selikan warna tuh. HAHAHAH!

Resepi Apam Susu Versi Bakar
Eeee...rasa masa tuh nak tuang jer adunan tuh dalam bekas yang lebih kecil. Tapi takut kejadiannya nanti tak cantik. Dah susuh lawa-lawa warna kaler tuh ha. Kang nak membasuh tuh pun iye juga satu hal.

Cross finger. Dengan Bismillah..daku pun panaskan oven dan masukkan terus dalam tuh. Bakar dengan api atas bawah pada suhu 200 degree celcius. ( Depends pada oven )

Rase memang nervous sangat sebab takut jadi bantat. Sayanglah tepung dan bahan-bahan lain yang digunakan tuh.

Rase 40 minit tuh lama nya lahai. Sempatlah kemas-kemas dapur sediakan bento anak-anak sekali.

Ting!

Bila dah siap, test cucuk Apam kat tengah. Fuh...nampak kering jer bila angkat cake tester tuh. Haraplah menjadi. Sementara tunggu kek tu sejuk kita buat kerja lain dulu lah yer.

Alhamdulillah..

lagi 10 minit budak-budak ni nak pergi sekolah, saya pun potong Apam Bakar saya tuh. Cantik kejadiannya! sungguh ceria dan berwarna-warni. Gembiranya bagai terkena jackpot. HAHAH! main jackpot pun tak pernah.

Resepi Apam Susu Versi Bakar
Resepi Apam Susu Versi Bakar
Resepi Apam kukus ni senang ajer nak buat. Meh saya kongsikan kat sini.

Bahan-bahan (A)

2 cawan tepung gandum
1 sdb baking powder

Bahan-bahan (B)

4 biji telur
4 sdb minyak jagung
1 cawan gula castor
1 sdb ovalette
4 sdb Susu pekat manis
1 sdb esen vanila

Cara-cara

Bahan A dicampur dan diayak. (Tapi saya tak ayak pun)

Bahan B - Putarkan dahulu telur bersama gula dan ovallete. Putar sampai menjadi gebu dalam lebih kurang 8 - 10 minit. Kemudian masukkan pula minyak jagung dan esen vanila. Akhir sekali masukkan Susu pekat manis tadi. Teruskan putar dalam 1-2 minit.

Akhir sekali, ambil pewarna dan bahagikan kepada 4 bahagian. Titiskan warna tersebut di dalam setiap adunan. Kacau rata.

Ambil loyang dan tuang setiap warna berselang seli. Tuang on top of each other. Kalau kurang faham boleh search dalam youtube yer. Cari jer " Resepi Apam susu"

Resepi Apam Susu Versi Bakar

Resepi Apam Susu Versi Bakar
Selamat mencuba semua! pengajarannya..hidup ni penuh dengan 'surprise'. Selalu diuji dengan benda yang kita tidak tahu apa hasil akhir sesuatu perkara itu.

Konsep tawakkal sangatlah perlu digunapakai. Redha juga kalau-kalau sesuatu yang tidak kita inginkan berlaku kepada kita.

Salam Jumaat yang penuh barakah!

That's All and Thank You for reading!



أكثر...
??????? ??????: Resepi Apam Susu Versi Bakar || ??????: ahlam1399 || ??????: اسم منتداك

كلمات البحث

العاب ، برامج ، سيارات ، هاكات ، استايلات


رد مع اقتباس
 


تعليمات المشاركة
لا تستطيع إضافة مواضيع جديدة
لا تستطيع الرد على المواضيع
لا تستطيع إرفاق ملفات
لا تستطيع تعديل مشاركاتك

BB code is متاحة
كود [IMG] متاحة
كود HTML معطلة

الانتقال السريع


الساعة الآن 01:01 PM


Powered by vBulletin® Copyright ©2000 - 2026, Jelsoft Enterprises Ltd. TranZ By Almuhajir
This Forum used Arshfny Mod by islam servant